Monday, December 13, 2010

Review Filem : Aku Tak Bodoh

Assalamualaikum...

semalam aku p tengok movie cita Aku Tak Bodoh..sebelum aku bg opinion aku tentang filem ni..aku nak introduce dulu kat ampa serba sedikit sai filem ni..



Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Boris Boo

Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Noor Aizzat, Suhaiiri Sunari,
Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan & Adibah Noor


Sinopsis:
Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya. Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi. Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya. Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi? Ingin tahu kesudahannya??

Saksikan di pawagam berhampiran anda :)



wah3..siap promote lagi tu..of coz la aku rasa nak promote sebab ak rasa filem ni boleh dikatakan baik and ada kualiti tersendiri..walaupun pelakon2 yang ditampilkan adalah pelakon kanak2 dan pelakon muda remaja yang masih baru dalam industri,,bagi aku filem ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..filem ni juga turut menampilkan pelakon2 hebat seperti amy mastura n riezman khuzaimi..seperti yang kita taw,,depa ni lama x berlakon filem..betoi dak??aku amat yakin and pasti yang ampa x kan bosan kalo tengok ini filem..sebab apa aku cakap lagu tu?? sebab cita dia ni memang lawak wa cakap lu..hahaha :D ada saja adegan yang membuatkan ampa gelak tak kering gusi..tapi gelak2 jugak..sedih2 jugak..dalam filem ni..ada juga diselitkan unsur sedih..sedih bila  mengenangkan perasaan seorang anak yang mengharapkan perhatian dan keprihatinan kedua orang tuanya..so,,memang cita ni ada banyak moral value especially buat ibu bapa and anak2..pada pandangan aku,,filem yang berkualiti bukanlah terletak pada populariti tapi jalan cerita yang full of moral value...aku sarankan ampa p tengok filem ni sebab memang best pada pandangan aku..heeee :)

thanks coz sudi reading this n3 and visit my blog :)


from Mstar online
dari kiri: Aizat Hassan (Roy), Aeril Zafrel (Sudin)


p/s: awek2 skola mesti suka tengok pelakon yang memegang watak sudin..hensem weyyy!!! lalalala~~~



No comments:

Post a Comment