Friday, December 31, 2010

my sista's big day

Assalamualaikum...

sorryyy sesangat coz dah lama x update blog ini..biasalah busy menguruskan majlis perkahwinan my sista on 25 dec 2010..hehehe..alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran tetamu...memang x menang tangan..busy sangat2..hmm..x nak cerita panjang2..aku juz nak wish selamat pengantin baru to hana and hannan..semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat..insyaAllah..amin ya rabbal alamin.. :D

pe lg..jom layan gambar >>>







thanks for viewing my blog ! :D

p/s: turn aku bila pulak ye? 




Friday, December 17, 2010

Masak-masak Bersama Nadya Samad : Rich Cocoa Pudding

Assalamualaikum wbt.

juz straight to the point...nampak x title n3 atas tu..heee...tiba2 dia ni nak wat rancangan masak2 plak dah..haha..saja je nak men masak2..bukannya apa..i juz nak share dengan u all resepi yang i rasa best and patut dicuba..actually last 2 days i bukak website Myresepi untuk mencari resepi dessert yang simple and sedapp..x sia2 ok..i found resepi rich cocoa pudding and i memang x pernah try pun sebelum ni..ushar2 ingredient dia semua ada kat umah,,i pun semangat la nak mencuba..yela..kalau x cuba x taw kan..hee.. :) 

bila dah cuba2 wat and dah sejukkan dalam fridge,,i pun try la merasa lak..perghh,,mantapp beb..marvellous :)..bukan puji masakan sendiri ok..tapi i nak puji pada tuan punya resepi yang letak resepi ni kat Myresepi..nama dia dalam Myresepi juns11..thanks kak juns..hee :)

xde buah koktail..so bubuh buah pic and longan je :)
sorry presentation x cantik =P


apa kata u all lak yang try..i think u all yang gorgeous and handsome ni should try dis recipe..especially kepada penggemar makanan yang berasaskan koko dan coklat..lau x cuba memang rugi taw...bukan susah sangat pun...bahan2 dia pun simple2 je..ok2..i share bahan2 and cara2 untuk wat rich cocoa pudding ni..lets check it out baby..

dah masuk mangkok..suda boleh makan..sedapp =p




Bahan-bahan 

1/2 cwn serbuk koko-diayak (kalo nak sedap guna koko van hauten)
1/2 cwn susu tepung-diayak
1 cwn gula
1/2 sudu teh garam(aku x letak pun sebab x suka rasa lemak sangat)
4 1/4 cwn air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
1 paket serbuk agar2 (10gm)
3 sudu besar butter

Cara2

1) masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali butter dan kacau sehingga mendidih.
2) masukkan butter dan kacau lagi sehingga pekat.
3) angkat dan masukkan ke dalam bekas.
4) biarkan sejuk then simpan dalam fridge.
5) hidangkan sejuk bersama koktail buah-buahan dalam tin dan susu cair..

haaa...senang kan?? apa lagi..cuba lah..hee :D nanti boleh share dengan saya :D

wajah tuan punya belog yang temok :P



terima kasih kerana membaca n3 ini.. :D jika ada kelapangan bolehlah komen2 ye.. :D

p/s: tetiba berangan nak jadi chef :P

Monday, December 13, 2010

Review Filem : Aku Tak Bodoh

Assalamualaikum...

semalam aku p tengok movie cita Aku Tak Bodoh..sebelum aku bg opinion aku tentang filem ni..aku nak introduce dulu kat ampa serba sedikit sai filem ni..



Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Boris Boo

Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Noor Aizzat, Suhaiiri Sunari,
Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan & Adibah Noor


Sinopsis:
Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya. Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi. Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya. Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi? Ingin tahu kesudahannya??

Saksikan di pawagam berhampiran anda :)



wah3..siap promote lagi tu..of coz la aku rasa nak promote sebab ak rasa filem ni boleh dikatakan baik and ada kualiti tersendiri..walaupun pelakon2 yang ditampilkan adalah pelakon kanak2 dan pelakon muda remaja yang masih baru dalam industri,,bagi aku filem ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..filem ni juga turut menampilkan pelakon2 hebat seperti amy mastura n riezman khuzaimi..seperti yang kita taw,,depa ni lama x berlakon filem..betoi dak??aku amat yakin and pasti yang ampa x kan bosan kalo tengok ini filem..sebab apa aku cakap lagu tu?? sebab cita dia ni memang lawak wa cakap lu..hahaha :D ada saja adegan yang membuatkan ampa gelak tak kering gusi..tapi gelak2 jugak..sedih2 jugak..dalam filem ni..ada juga diselitkan unsur sedih..sedih bila  mengenangkan perasaan seorang anak yang mengharapkan perhatian dan keprihatinan kedua orang tuanya..so,,memang cita ni ada banyak moral value especially buat ibu bapa and anak2..pada pandangan aku,,filem yang berkualiti bukanlah terletak pada populariti tapi jalan cerita yang full of moral value...aku sarankan ampa p tengok filem ni sebab memang best pada pandangan aku..heeee :)

thanks coz sudi reading this n3 and visit my blog :)


from Mstar online
dari kiri: Aizat Hassan (Roy), Aeril Zafrel (Sudin)


p/s: awek2 skola mesti suka tengok pelakon yang memegang watak sudin..hensem weyyy!!! lalalala~~~



Sunday, December 12, 2010

i-City

Assalamualaikum.. (:

hye hye hyeeee...brapa banyak hyee daa..heee..besa la bila jam menunjukkan kui 2.39 a.m macam ni la perangai aku..x tentu hala..ok2..tengok title ampa dah taw aku nak habaq sai pa..pasai i-city la.. apa 2?? huhuhu..aku sangat yakin dan pasti yang ampa semua taw menda i-city ni...kalo ampa tak taw gak,,ampa p la google sat..mesti ampa kan jumpa jawapannya.. aku bru berkesempatan p time malam sebelum majlis konvo aku..kan b4 ni aku ada cta sai my convocation day..1st time p i-city ni mesti la jakun2 ckit kan..ya la..selama ni aku dok tengok pic i-city ni kat fb orang ja..bila dapat p,,mesti la syokk woo..walaupun ramai orang and hujan at that time..aku peduli pa..yang penting aku suka..heee :) so,,aku pun x nak cakap banyak sangat..aku cuma nak buh gambaq ja bagi tatapan ampa sekalian..makasih la nohh coz sudi baca n3 ini..wehuu~ :)

tengok jangan x tengok naa :)












Friday, December 10, 2010

My Convocation Day~

Assalamualaikum.. (",)

hye u all..watcha doin'? hopefully all of u sehat2 sejahtera..aminn..so sorry because dah lama x update blog nadya samad ni..huhu..bak kata orang dah bersemut,bersarang,berkulat & ber apa2 la..hahahaha :D actually last week i have attend my special day..even x hebat mna pun tp ia tetap bermakna dalam hidup i..hee..u all tengok title atas tu pun u all dah taw kan..its my convocation day..my diploma convocation..fyi,,dlu i amek diploma in banking UITM tp blaja kat KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) Bangi..kira kolej bersekutu la ngn UITM..hee..yang best nya i dpt 2 sijil...1 from KPTM & the other 1 from UITM..best2..hee..dpt convo kat 2 tempat..tapi so sad coz x dpt attend convocation KPTM at PICC coz at that time i kena jawab exam QMT for my degree at UITM bandaraya melaka..kat melaka ni i amek course finance..wlupn x dpt attend utk convocation KPTM,,i still berpeluang utk convo kat UITM wif all my friends.. :) lama x jmpe kengkawan time diploma dulu..yela semua dah belajar lain2 tempat..time convo ni la i dpt jumpe they all..best gila taw..cam biasa la kan..bila dah jumpa ni apa lagi tangkap gambar la..rugi la lau x bergambar ngan mereka yang hot2 ni..di bawah ni i sertakan pic2 sekitar majlis convocation untuk tatapan u all..love u all..terima kasih banyak2 coz sudi baca blog saya k.. tanpa u all sapa la saya..pray 4 my success k.. :D
















p/s : kan best kalau si dia ada..cewahh =p

Tuesday, November 30, 2010

great wedding

Assalamualaikum...

hye u all...setelah meninggalkan blog untuk beberapa saat,minit,jam,hari..bulan? owh tidakk,,tidak la sampai berbulan cuma berhari saja..heee..bukannya ape..cuma agak busy sedikit lately ni..p kenduri kawen..p shopping2 sikit..sikit ke??? owhh sikit je..sebab saya bukan orang kaya cam u all..hahaha :D hmm,,kenduri ohh kenduri..biasa la cuti sekolah camni memang tersangat la banyakk orang berkenduri kawen ni..time ni la makcik2 nak melaram kan..berwarna warni cam hari raya..heh..apa la yang aku merapu meraban ni..haish..

ok2,,last day..adek beradek angkat parent aku ade wat kenduri kawen anak dorang..anak dorang ni aku panggil kak fariza je..kak fariza ni memang cun la orangnya..mesti la aku kata dia cun kan sebab dia ni pramugari taw..bukan pramusaji ok..tapi pramugari..pramugari Singapore Airline (SIA) lagi..biasa la orang2 jb lau keja kat singapore memang income banyak..

yang special pasal wedding kak fariza ni sebab dia dapat laki orang pakistan..bukan calang2 pakistan..bukan yang cam bangla bau ketik tu tapi ini pakistan high class wa cakap lu..kira orang ada2 la..nsem lagi taw..nama laki dia ni Malik Rizwan..duk mesia jgk tp ade sedara mara yang still duk kat pakistan tu..

yang best pasal wed diorang ni sebab majlis sebelah lelaki ni wat kat persada johor,johor international convention centre..perghh,,dahsyat woo..kalau aku la..kawen kat hotel pun dah kira gempak..(ada hati kau)..kalau kat convention centre ni aku rasa tunggu la orang kaya tahap raja2 or datuk2 masuk meminang..(lagi sekali,,ada hati kau)..event ni start tepat kul 8 pm..aku mewakili family pengantin pompuan..bila masuk je dalam persada tu..perghh..lawa gila wa cakap lu..decoration sangat cantekk dihiasi bunga2 dan cahaya lampu..sementara nak tunggu pengantin sampai,,kitorang dihidangkan dengan tarian and nyanyian ala2 pakistan..time ni aku rasa cam betol2 ada kat pakistan korang taw x..heh.bila pengantin dah sampai and diorang dah duduk,,ada ucapan dari mertua kak fariza lak..bapa mertua berucap in english..mak dia pulak cakap melayu..kira dwi bahasa la sebab ada guest omputih,pakistan and lain2..so kira adil la berucap dalam 2 bahasa ni..mc majilis ni pun ada 2 org..sorang speaking melayu and sorang lagi cakap omputih..

then,sebelum makan2..(bila nak makan ni)..ada tarian bollywood lagi u..ala2 kajol and SRK lak aku tengok..berlari2 berkejaran kedua2nya dan main cak2 di balik2 tiang..time ni aku rasa cam kat india pulak..pas hbs tarian ni barulah boleh makan..alhamdulillah..hehehehe..(memang pelahap la kau ni)..sambil makan ada la gak sedara mara belah laki bagi ucapan..ada yang bagi ucapan dalam bahasa urdhu.memang sepatah haram aku x paham..then ada tayangan montaj kisah malik rizwan and fariza..time pas makan ade lg tarian and nyanyian pakistan..(aku pun x kenal sapa yang nyanyi tu..artis pakistan kot) last2 baru upacara potong kek..then balik dengan perut yang penoh dengan makanan..fyi..makanan ni semua dimasak oleh chef2 kat pan pacific hotel.. :D

apa?? nak tengok gambaq?? sat na ceq bagi ampa semua tengok..(tiba2 kuaq longat utagha aku..)heh.

baru sampai.

tarian bollywood ala2 kajol and SRK.

muka lapar.

usha menu dulu.

appetizer.

saya makan mereka semua tanpa belas kasihan.

creme caramel. sumpah x sedap. cam kejam je bunyi.

coffee.

mana pic pengantin?? owhh,,ingatkan x maw tengok..sat2..aku bubuh sat..


tadaaaa...


bergaun merah.

pengantin and family sebelah lelaki.

cerita sudah..gambaq pun sudah..ok la..sampai di sini saja n3 kali ni..thanks a lot readers..hehehe :)

me.nadya samad. :)

p/s: berangan jap nak wed aku nanti gempak2 cam ni..heh.








Friday, November 26, 2010

Kisah Cikgu Ben, Belacan & Paku

Assalamualaikum..
ahmad durrah is on air right now..haha..aku x layan pun drama ni..org kata best..actually aku x sempat nak follow dari 1st episode..so memang tak la kan kalau nak follow episod yang seterusnya..tengok sikit2 boleh la kot..tapi aku dengar cerita dari mrs ibu pun dah cukup phm kot..heeee...ey,,apa la yang aku merepek ni kan..saje nak intro lebih sikit..huuuu...

korang tengok title n3 ni agak2 korang kenal x siapa gerangan mereka ni..haaa...ni la aku nak bgtaw korang ni..yang dah taw tu wat2 xtaw boleh??ok2..bagi yang xtaw Ben Bradshaw@gigi putih merupakan mat saleh yang agak fasih berbahasa melayu..sama gak si belacan and paku tu..they all ni semua mat saleh tapi fluent gila kot cakap melayu..apa?? x percaya??? jangan la gitu babe..x percaya x pe la k..(touching plak..poyo2)..

actually diorang ni pernah duduk Mesia area sabah..diorang jadi cikgu and sukarelawan kat gereja mormon..hmm diorang ni belajar BM masa duk sabah la..sebab tu diorang banyak guna bahasa baku..yang best tentang ben,,dia cuba jadi guru bahasa inggeris kat Fb..ni antara pelajaran yang sangat berguna dari cikgu ben yang aku copy dari fb dia..

- Saya "pulled an all nighter". Itu bermaksud tak tidur sepanjang malam dengan sengaja


Ingatkah bila saya ajar 'sick' dan 'sweet'? Janganlah guna ini untuk menggambarkan sifat  seseorang. Jangan camni,"You're sick!" atau "She's sweet!" Maknanya lain daripada 'cool'.

- Slang America baru: you guys=korang. 'guys' bukan bagi lelaki saja. pakai ini apabila cakap dengan lebih daripada satu orang. Selamat malam!

simple je kan and sangat mudah untuk difahami..memang sangat useful la untuk perbetulkan english aku yang x berapa nak betul ni..hahaha..lagi satu korang akan  sangat fokus bila korang tengok video ben yang sedang speaking malay..yela..susah kot nak jumpa mat saleh yang terror cakap melayu ni..mestila semacam teruja kan..hahaha..


ben bradshaw @ gigi putih 
*pic ni di ambil dari fb ben 


belacan and paku siapa pulak?? lek lue..korang ni sabar la sikit..ni aku nak bgtaw la ni..hehehe..kalau ben jadi cikgu..belacan and paku pulak act as comedians..sama gak cam ben,,diorang ni belajar bahasa melayu masa duduk lama kat sabah and sarawak..diorang kerja as sukarelawan gereja kat sabah and sarawak..kalau u all tengok video2 belacan and paku..memang korang akan ketawa berdekah2..x percaya?? nanti tengok la sendiri..


belacan & paku
*pic ni di ambil dari fb B&L

ni aku bagi link2 video dioranng yang best..
klik sini untuk video ben..
klik sini untuk video belacan and paku..

selamat menonton ok....by!!


*si pencerita bersama bf..ngehehe ;)*

p/s: saya mengaku english saya tak berapa baik cam korangg...pengakuan ikhlas..teettt

Thursday, November 25, 2010

melaka lagi...

Assalamualaikum..
how r u?? sihat dak?alhamdulillah harap2 semuanya sihat2 belaka.hari ni aku ingat aku nak sambung cerita sal melaka.kalau entry sebelum ni aku ada cakap sal the interesting place in melaka. hari ni pulak kita move on tempat makan yang famous kat melaka bandaraya bersejarah.u alls pun memang dah taw kan yang melaka ni memang terkenal dengan asam pedasnya dan juga gerai ikan bakar.lets check out this...


asam pedas claypot kat kota laksamana

asam pedas claypot ni memang antara yang popular kat melaka.so sape2 yang datang melaka nanti boleh la singgah kat asam restoran asam pedas claypot ni..

tudiaa.ni la yang di namakan asam pedas claypot.terangkat beb.


ok,pas cte sal kedai asam pedas,tempat yang u alls wajib pergi ialah gerai ikan bakar. bukan setakat ikan bakar,semua makanan laut ada.u alls boleh pilih sendiri ikan or seafood yang u alls nak.harga pula ikut harga pasaran.

inilah dia medan ikan bakar yang popular kat melaka ni mana lagi kalau bukan kat umbai.

ikan bakar ni memang marvellous la.. :)

ikan2 bakar tersebut dimakan bersama nasi lemak.so sape2 yang bru pertama kali dtang sini jangan terkejut pulak yee..

fyi,,jangan risau kalau nak mendapatkan makanan yang sedap & best kat melaka ni sebab semuanya sedap.for chinese,makanan yang dorang suka kat melaka ni sate celup.sate celup ni ala2 yong tau foo or steamboat kot..(tah la..xpenah rasa sate celup ni..).ada satu restoran sate celup yang popular kat melaka ni.x ingat pulak nama dia.ramai customer beratur sampai luar restoran.dahsyat2.

ni la dia rupa sate celup.

for muslims,,kalau teringin nak makan sate celup ni sila la cari yang halal lagi bersih yee..

ok la,,hujan ni..macam best je..sejukk.. :D

p/s: first time makan ikan bakar kat melaka terasa jakun bila ikan bakar dimakan bersama nasi lemak.



Wednesday, November 24, 2010

The Interesting Place in Melaka

Assalamualaikum... (",)
hye kawan2..hari ni aku nak cerita pasai tempat menarik kat Melaka..entry ni sgt2 special and ditujukan khas kepada kak intan coz dia ada wat request kat aku sal benda ni..so, untuk itu aku akan ceritakan serba sedikit la pasai tempat menarik kat melaka memandangkan aku pun mengaji kat melaka..hihi.. ;) kalau nak di ikutkan memang banyak sangat la tempat yang best kat Melaka ni..yela, melawat Melaka kan ibarat melawat Malaysia..so,,aku ringkaskan la entry ni pada certain2 tempat yang memang menarik pada pandangan mata kasaq aku..


firstly,kita start ngan bandar hilir.kat bandar hilir ni memang banyak tempat untuk dilawati dari bangunan bersejarah sampai la ke shopping mall.memang lengkap la.di sini aku sertakan la beberapa keping gambar kat area bandar hilir ni..lagi satu nak habaq kat ampa sekalian..entry kali ni aku buh gambaq lebih sikit sebagai bukti melaka ni memang banyak interesting place..


dari kiri a famosa,bangunan stadhuys
.yang ni of coz ampa dah besa tengok kan kat dalam buku teks sejarah.memang femes benda ni.hee :D 

 yang ni pulak menara taming sari.ampa boleh naik untuk tengok pemandangan sekitar melaka.teruja x?
 heee ;)

yang atas tu melaka river cruise and yang kuning tu namanya melaka duck tours.
its cool babe.benda ni akan bawak ampa semua tengok pemandangan sekitar melaka ;)



haa..inilah dataran pahlawan.tempat bershopping.kepada kakak and makcik2 yang nak menghabiskan duit 2 boleh la shopping kat sini naa..

now,kita move kat tempat area ayer keroh pulak.kat sini pun x kurang hebak nya (btoi ka??) haha.. :D kat sini memang la tersangat banyak interesting place untuk ampa visit.so aku bubuh yang mana aku rasa the best la.


 dari atas kiri: taman botanikal melaka,taman buaya,taman mini malaysia dan ASEAN.

actually kat ayer keroh ni ada gak taman rama-rama and zoo melaka jugak.taman mini malaysia dan ASEAN jugak merupakan tempat penggambaran filem 'pontianak harum sundal malam'..hihihi...


last but not least aku nak habaq kat ampa pasai night market yang cukup popular kat melaka.semua peniaga kat night market ni rata2 berbangsa cina.memang akan  terasa seperti berada China..haha..macam Chinatown la..

ini la dia night market yang aku dok heboh tadi.nama dia jonker walk.kat sini ada jual banyak sangat handcraft,ornamental jewelleries and other good things.buka dari pukui 6 ptg sampai 12 tgh mlm.akak2 mesti suka ni.hee ;)

kalau tanya sal makanan kat melaka ni of coz la asam pedas melaka.memang original recipe la asam pedas melaka ni.so,hrp2 dengan entry ni dapat membantu kak intan untuk melawat melaka pada masa akan datang.kalau dah mai melaka nanti,jangan lupa capture pic banyak2 and upload pic2 comel tersebut dalam blog anda.. (:
ok,terima kasih kerana membaca blog ini..tata.

p/s: p jonker walk beli magic iron pad..memang magic taw..