Tuesday, November 30, 2010

great wedding

Assalamualaikum...

hye u all...setelah meninggalkan blog untuk beberapa saat,minit,jam,hari..bulan? owh tidakk,,tidak la sampai berbulan cuma berhari saja..heee..bukannya ape..cuma agak busy sedikit lately ni..p kenduri kawen..p shopping2 sikit..sikit ke??? owhh sikit je..sebab saya bukan orang kaya cam u all..hahaha :D hmm,,kenduri ohh kenduri..biasa la cuti sekolah camni memang tersangat la banyakk orang berkenduri kawen ni..time ni la makcik2 nak melaram kan..berwarna warni cam hari raya..heh..apa la yang aku merapu meraban ni..haish..

ok2,,last day..adek beradek angkat parent aku ade wat kenduri kawen anak dorang..anak dorang ni aku panggil kak fariza je..kak fariza ni memang cun la orangnya..mesti la aku kata dia cun kan sebab dia ni pramugari taw..bukan pramusaji ok..tapi pramugari..pramugari Singapore Airline (SIA) lagi..biasa la orang2 jb lau keja kat singapore memang income banyak..

yang special pasal wedding kak fariza ni sebab dia dapat laki orang pakistan..bukan calang2 pakistan..bukan yang cam bangla bau ketik tu tapi ini pakistan high class wa cakap lu..kira orang ada2 la..nsem lagi taw..nama laki dia ni Malik Rizwan..duk mesia jgk tp ade sedara mara yang still duk kat pakistan tu..

yang best pasal wed diorang ni sebab majlis sebelah lelaki ni wat kat persada johor,johor international convention centre..perghh,,dahsyat woo..kalau aku la..kawen kat hotel pun dah kira gempak..(ada hati kau)..kalau kat convention centre ni aku rasa tunggu la orang kaya tahap raja2 or datuk2 masuk meminang..(lagi sekali,,ada hati kau)..event ni start tepat kul 8 pm..aku mewakili family pengantin pompuan..bila masuk je dalam persada tu..perghh..lawa gila wa cakap lu..decoration sangat cantekk dihiasi bunga2 dan cahaya lampu..sementara nak tunggu pengantin sampai,,kitorang dihidangkan dengan tarian and nyanyian ala2 pakistan..time ni aku rasa cam betol2 ada kat pakistan korang taw x..heh.bila pengantin dah sampai and diorang dah duduk,,ada ucapan dari mertua kak fariza lak..bapa mertua berucap in english..mak dia pulak cakap melayu..kira dwi bahasa la sebab ada guest omputih,pakistan and lain2..so kira adil la berucap dalam 2 bahasa ni..mc majilis ni pun ada 2 org..sorang speaking melayu and sorang lagi cakap omputih..

then,sebelum makan2..(bila nak makan ni)..ada tarian bollywood lagi u..ala2 kajol and SRK lak aku tengok..berlari2 berkejaran kedua2nya dan main cak2 di balik2 tiang..time ni aku rasa cam kat india pulak..pas hbs tarian ni barulah boleh makan..alhamdulillah..hehehehe..(memang pelahap la kau ni)..sambil makan ada la gak sedara mara belah laki bagi ucapan..ada yang bagi ucapan dalam bahasa urdhu.memang sepatah haram aku x paham..then ada tayangan montaj kisah malik rizwan and fariza..time pas makan ade lg tarian and nyanyian pakistan..(aku pun x kenal sapa yang nyanyi tu..artis pakistan kot) last2 baru upacara potong kek..then balik dengan perut yang penoh dengan makanan..fyi..makanan ni semua dimasak oleh chef2 kat pan pacific hotel.. :D

apa?? nak tengok gambaq?? sat na ceq bagi ampa semua tengok..(tiba2 kuaq longat utagha aku..)heh.

baru sampai.

tarian bollywood ala2 kajol and SRK.

muka lapar.

usha menu dulu.

appetizer.

saya makan mereka semua tanpa belas kasihan.

creme caramel. sumpah x sedap. cam kejam je bunyi.

coffee.

mana pic pengantin?? owhh,,ingatkan x maw tengok..sat2..aku bubuh sat..


tadaaaa...


bergaun merah.

pengantin and family sebelah lelaki.

cerita sudah..gambaq pun sudah..ok la..sampai di sini saja n3 kali ni..thanks a lot readers..hehehe :)

me.nadya samad. :)

p/s: berangan jap nak wed aku nanti gempak2 cam ni..heh.








Friday, November 26, 2010

Kisah Cikgu Ben, Belacan & Paku

Assalamualaikum..
ahmad durrah is on air right now..haha..aku x layan pun drama ni..org kata best..actually aku x sempat nak follow dari 1st episode..so memang tak la kan kalau nak follow episod yang seterusnya..tengok sikit2 boleh la kot..tapi aku dengar cerita dari mrs ibu pun dah cukup phm kot..heeee...ey,,apa la yang aku merepek ni kan..saje nak intro lebih sikit..huuuu...

korang tengok title n3 ni agak2 korang kenal x siapa gerangan mereka ni..haaa...ni la aku nak bgtaw korang ni..yang dah taw tu wat2 xtaw boleh??ok2..bagi yang xtaw Ben Bradshaw@gigi putih merupakan mat saleh yang agak fasih berbahasa melayu..sama gak si belacan and paku tu..they all ni semua mat saleh tapi fluent gila kot cakap melayu..apa?? x percaya??? jangan la gitu babe..x percaya x pe la k..(touching plak..poyo2)..

actually diorang ni pernah duduk Mesia area sabah..diorang jadi cikgu and sukarelawan kat gereja mormon..hmm diorang ni belajar BM masa duk sabah la..sebab tu diorang banyak guna bahasa baku..yang best tentang ben,,dia cuba jadi guru bahasa inggeris kat Fb..ni antara pelajaran yang sangat berguna dari cikgu ben yang aku copy dari fb dia..

- Saya "pulled an all nighter". Itu bermaksud tak tidur sepanjang malam dengan sengaja


Ingatkah bila saya ajar 'sick' dan 'sweet'? Janganlah guna ini untuk menggambarkan sifat  seseorang. Jangan camni,"You're sick!" atau "She's sweet!" Maknanya lain daripada 'cool'.

- Slang America baru: you guys=korang. 'guys' bukan bagi lelaki saja. pakai ini apabila cakap dengan lebih daripada satu orang. Selamat malam!

simple je kan and sangat mudah untuk difahami..memang sangat useful la untuk perbetulkan english aku yang x berapa nak betul ni..hahaha..lagi satu korang akan  sangat fokus bila korang tengok video ben yang sedang speaking malay..yela..susah kot nak jumpa mat saleh yang terror cakap melayu ni..mestila semacam teruja kan..hahaha..


ben bradshaw @ gigi putih 
*pic ni di ambil dari fb ben 


belacan and paku siapa pulak?? lek lue..korang ni sabar la sikit..ni aku nak bgtaw la ni..hehehe..kalau ben jadi cikgu..belacan and paku pulak act as comedians..sama gak cam ben,,diorang ni belajar bahasa melayu masa duduk lama kat sabah and sarawak..diorang kerja as sukarelawan gereja kat sabah and sarawak..kalau u all tengok video2 belacan and paku..memang korang akan ketawa berdekah2..x percaya?? nanti tengok la sendiri..


belacan & paku
*pic ni di ambil dari fb B&L

ni aku bagi link2 video dioranng yang best..
klik sini untuk video ben..
klik sini untuk video belacan and paku..

selamat menonton ok....by!!


*si pencerita bersama bf..ngehehe ;)*

p/s: saya mengaku english saya tak berapa baik cam korangg...pengakuan ikhlas..teettt

Thursday, November 25, 2010

melaka lagi...

Assalamualaikum..
how r u?? sihat dak?alhamdulillah harap2 semuanya sihat2 belaka.hari ni aku ingat aku nak sambung cerita sal melaka.kalau entry sebelum ni aku ada cakap sal the interesting place in melaka. hari ni pulak kita move on tempat makan yang famous kat melaka bandaraya bersejarah.u alls pun memang dah taw kan yang melaka ni memang terkenal dengan asam pedasnya dan juga gerai ikan bakar.lets check out this...


asam pedas claypot kat kota laksamana

asam pedas claypot ni memang antara yang popular kat melaka.so sape2 yang datang melaka nanti boleh la singgah kat asam restoran asam pedas claypot ni..

tudiaa.ni la yang di namakan asam pedas claypot.terangkat beb.


ok,pas cte sal kedai asam pedas,tempat yang u alls wajib pergi ialah gerai ikan bakar. bukan setakat ikan bakar,semua makanan laut ada.u alls boleh pilih sendiri ikan or seafood yang u alls nak.harga pula ikut harga pasaran.

inilah dia medan ikan bakar yang popular kat melaka ni mana lagi kalau bukan kat umbai.

ikan bakar ni memang marvellous la.. :)

ikan2 bakar tersebut dimakan bersama nasi lemak.so sape2 yang bru pertama kali dtang sini jangan terkejut pulak yee..

fyi,,jangan risau kalau nak mendapatkan makanan yang sedap & best kat melaka ni sebab semuanya sedap.for chinese,makanan yang dorang suka kat melaka ni sate celup.sate celup ni ala2 yong tau foo or steamboat kot..(tah la..xpenah rasa sate celup ni..).ada satu restoran sate celup yang popular kat melaka ni.x ingat pulak nama dia.ramai customer beratur sampai luar restoran.dahsyat2.

ni la dia rupa sate celup.

for muslims,,kalau teringin nak makan sate celup ni sila la cari yang halal lagi bersih yee..

ok la,,hujan ni..macam best je..sejukk.. :D

p/s: first time makan ikan bakar kat melaka terasa jakun bila ikan bakar dimakan bersama nasi lemak.



Wednesday, November 24, 2010

The Interesting Place in Melaka

Assalamualaikum... (",)
hye kawan2..hari ni aku nak cerita pasai tempat menarik kat Melaka..entry ni sgt2 special and ditujukan khas kepada kak intan coz dia ada wat request kat aku sal benda ni..so, untuk itu aku akan ceritakan serba sedikit la pasai tempat menarik kat melaka memandangkan aku pun mengaji kat melaka..hihi.. ;) kalau nak di ikutkan memang banyak sangat la tempat yang best kat Melaka ni..yela, melawat Melaka kan ibarat melawat Malaysia..so,,aku ringkaskan la entry ni pada certain2 tempat yang memang menarik pada pandangan mata kasaq aku..


firstly,kita start ngan bandar hilir.kat bandar hilir ni memang banyak tempat untuk dilawati dari bangunan bersejarah sampai la ke shopping mall.memang lengkap la.di sini aku sertakan la beberapa keping gambar kat area bandar hilir ni..lagi satu nak habaq kat ampa sekalian..entry kali ni aku buh gambaq lebih sikit sebagai bukti melaka ni memang banyak interesting place..


dari kiri a famosa,bangunan stadhuys
.yang ni of coz ampa dah besa tengok kan kat dalam buku teks sejarah.memang femes benda ni.hee :D 

 yang ni pulak menara taming sari.ampa boleh naik untuk tengok pemandangan sekitar melaka.teruja x?
 heee ;)

yang atas tu melaka river cruise and yang kuning tu namanya melaka duck tours.
its cool babe.benda ni akan bawak ampa semua tengok pemandangan sekitar melaka ;)



haa..inilah dataran pahlawan.tempat bershopping.kepada kakak and makcik2 yang nak menghabiskan duit 2 boleh la shopping kat sini naa..

now,kita move kat tempat area ayer keroh pulak.kat sini pun x kurang hebak nya (btoi ka??) haha.. :D kat sini memang la tersangat banyak interesting place untuk ampa visit.so aku bubuh yang mana aku rasa the best la.


 dari atas kiri: taman botanikal melaka,taman buaya,taman mini malaysia dan ASEAN.

actually kat ayer keroh ni ada gak taman rama-rama and zoo melaka jugak.taman mini malaysia dan ASEAN jugak merupakan tempat penggambaran filem 'pontianak harum sundal malam'..hihihi...


last but not least aku nak habaq kat ampa pasai night market yang cukup popular kat melaka.semua peniaga kat night market ni rata2 berbangsa cina.memang akan  terasa seperti berada China..haha..macam Chinatown la..

ini la dia night market yang aku dok heboh tadi.nama dia jonker walk.kat sini ada jual banyak sangat handcraft,ornamental jewelleries and other good things.buka dari pukui 6 ptg sampai 12 tgh mlm.akak2 mesti suka ni.hee ;)

kalau tanya sal makanan kat melaka ni of coz la asam pedas melaka.memang original recipe la asam pedas melaka ni.so,hrp2 dengan entry ni dapat membantu kak intan untuk melawat melaka pada masa akan datang.kalau dah mai melaka nanti,jangan lupa capture pic banyak2 and upload pic2 comel tersebut dalam blog anda.. (:
ok,terima kasih kerana membaca blog ini..tata.

p/s: p jonker walk beli magic iron pad..memang magic taw.. 
































Tuesday, November 23, 2010

makanan eksotik orang melayu di Malaysia

Assalamualaikum..

hari ni aku nak story kat u alls pasal makanan eksotik orang melayu di Malaysia..idea ni timbul bila aku secara x sengaja terpandangkan sebotol cencaluk di atas kabinet dapur rumah aku..korang penah makan cencalok?? ya,,mestilah ada yang pernah and ada yang x pernah kan..so,,aku rasa hari ni aku nak share something kat korang pasal makanan eksotik ni..walaupun aku yakin most of u dah terbiasa dengan benda2 ni..tapi x semua orang tahu kan tentang proses pembuatan makanan ni..hee..ok,,1st sekali aku nak cakap pasal belacan.

      ni la belacan..ada ke orang yang x makan belacan?? owh mungkin x makan sebab allergic kot.

actually belacan ni diperbuat daripada udang kara..udang kara ni akan dimampat-mampatkan untuk membentuk belacan. cara nak wat belacan tengok macam simple tapi aku rasa susah jugak..yela,,aku mana la penah wat belacan pun kan.haish..proses pembuatan belacan ni mula2 bersihkan dulu udang then masukkan udang tu dalam pengisar. tambahkan jugak garam and preservative. pastu kisar la benda2 tu semua sampai hancur. then,keluarkan and jemur la belacan tu pas 2 tambahlah tepung untuk membentu belacan korang tu sama ada bulat,segi empat,bentuk love pun boleh kot..:D
menu yang paling popular berasakan belancan of coz la sambal belacan..sedap babe kalau makan dengan ulam-ulaman..perghh..terliur rasanya..hak3 :D

sambal belacan memang pembuka selera yang best!

ok,,now lets move to the next part of makanan eksotik orang melayu di Malaysia..yang kedua ni aku nak cakap pasal tempoyak pulak..lama la pulak x makan tempoyak ni..haishh..lama lagi ke nak musim durian?? huuu..


kepada yang x taw,,ni la dia yang namanya tempoyak..

tempoyak ni sebenarnya popular kat pahang and perak. yela,kat sana kan banyak dusun durian. tempoyak ni asalnya dari isi buah durian yang diperap atau disimpan dalam bekas selama beberapa hari. ada jugak orang tambahkan sikit garam masa simpan tu. tempoyak ni boleh jugak makan dengan nasi macam tu je.lau tambah cili padi memang mantopp la..hihi..ade gak orang suka lau buat sambal. tapi belah2 pahang pulak sangat popular dengan gulai ikan patin masak tempoyak..


gulai ikan patin masak tempoyak..terbaik r..

yang ketiga pulak aku nak story pasal cencaluk.cencaluk ni asal dari Melaka.kira cam makanan tradisi orang melaka la. cencaluk ni diperbuat daripada udang geragau and mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. 

cencaluk yang sangat banyak dijual di Melaka :)


proses nak wat cencaluk ni mula2 udang geragau akan dicampurkan dengan garam dan sedikit nasi.then bila all the ingredients are mixed together, cencaluk ni akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas seperti tempayan kecil. then tempayan kecil ni akan ditutup dengan tempayan bersih selama 3 hari. ok, tempoyak ni pun boleh makan macam tu je dengan nasi macam tempoyak. juz tambah cili padi potong and perah limau kasturi je pun dah sedap.

tgk pic ni..cam best je kan..rasa udang..

last but not least aku nak bagitaw korang pasal budu pulak.budu ni memang popular kat belah2 pantai timur. aku penah la jugak makan budu ni sebab aku suka makan nasi kerabu. dalam kerabu tu kan diorang ada letak budu. tapi x penah lagi la try dengan nasi lain. budu ni dikenali jugak sebagai sos ikan bilis merupakan pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis. cara wat budu ni simple je. budu diproses daripada ikan bilis yang diperap sehingga hancur. jenama budu yang terkenal kat Kelantan yang aku taw ialah budu cap ketereh.


tudiaa budu cap ketereh..

budu ni actually banyak khasiat. nak taw khasiatnya sila klik sini. ternyata budu ni banyak khasiat sebenarnya.so pasni boleh la u alls try makan budu ni..heehee :) budu ni pun boleh makan macam 2 saja dengan nasi. ada jugak yang campur budu ni dengan cili, mempelam and air limau nipis..kelemahan budu ni adalah baunya smelly sikit.

budu yang dicampur dengan cili,mempelam and air limau nipis..pe lagi,,try la..pasti sedap..

thats all ya kawan2..penat sudah menatap lappy ni..huhuhu..

p/s: i suka makan gulai ikan patin masak tempoyak..marvellous.. :)


Monday, November 22, 2010

Ronda Ronda Batu Pahat, Johor

Assalamualaikum..
untuk entry kali ini aku nak story sikit pasai kenangan masa p kenduri kat Batu Pahat. mesti korang pikir apa la poyo sangat p Batu Pahat pun nak cerita ka..well,,my blog aku punya suka la..haha..chill :D kami p Batu Pahat sebab ada kenduri kahwin sedara..actually aku ni ramai sangat sedara..kadang2 sedara sendiri pun x kenai..ish3..apa nak jadi la kat aku ni..terok aihh..pas balik dari kenduri ni, kami singgah lak kat kampung sepupu aku..best gak la kg dia ni..lama kot aku x mai kg dia ni..so biasa la kan..kat BP ni kan banyak parit..kami pun syokk la bergambar sana sini berlatarbelakangkan parit..hahaha..parit pun parit la..nak wat camna..kami kan gila kamera..walaupun kamera kami x secanggih camera ampa sekalian, kami tetap happy..ni la pose2 dari kami semasa di BP :)


cewahh,,kemain lagi ya..hehehe


sekali lagi pose di parit..peace :)

wif my adek2..
ya..masih lagi d parit..haha

3 keping cukup la kan..buh banyak2 pun background sama kang ampa bosan la..btoi dak? haha..ok la..its 2.30 a.m..sudah lewat maa.. mata pun dah berat ni.. nyte to all..kepada readers sekalian..terima kasih naa coz sudu baca blog aku ni.. :)


p/s : aku ni sebenaqnya x dak kg cam ampa..umah aku ni la kg aku..huhu..

lagu2 yang bakal berentap di AJL kali ini sangat2 BEST!!

assalamualaikum!!
hello everyone..dis is my first entry..juz would like to share something that really close to myself or urself.


*********************************************************

selepas melantak maggie kari gara2 lauk pauk dan nasi goreng ibu sudah habis..dengan tahap kesabaran yang sangat rendah,,aku pun terus meluru ke TV..muzik muzik start tepat pukul 10 pm..then,,aku pun tercongok la kt dpn TV 3 coz nak tengok muzik muzik..buka2 terpampang la wajah FBI and Cheryl Samad ni..




so far bagi aku semua lagu yang tercalon pada peringkat separuh akhir ni rata2 memang best la..mesti susah kan juri2 nk wat keputusan..kang salah pilih ada lak yang x puas hati..dunia ohh dunia..huu..ok2 now aku sertakan sekali senarai lagu2 yang layak ke AJL :
1) Kebahagiaan dalam perpisahan (Shahir) - actually lagu ni pun memang best and shahir sgt hensem ok.. ;)
2) Mencari konklusi (Hujan) - antara indie band yang semakin meletop!!
3) Noktah cinta (Hafiz) - pada pendapat aku, dia ni memang ada vocal yang bagus. pendapat korang plak   camane??
4) Cinta sempurna (Yuna) - salute kt Yuna coz berjaya mencipta keseluruhan lagu yang sememangnya sedap didengar.
5) Hanyut (Faizal Tahir) - lagu FT memang semuanya ada kelebihannya sendiri. biasala..semua lagu FT memang gempak dowh..
6) Drama king (Meet Uncle Hussien feat Black) - best gile lagu ni..sgt suka dengan kelantangan vocal abg black..
7) Tolong ingatkan aku (Anna Raffali) - si Anna memang manis berbaju kurung and ini merupakan penglibatan pertamanya dalam AJL..great job sista :)
8) Jahat (Stacy) - wahh,,gempak la.. menari sambil menyanyi..x penat ke dia ni?? [hmm,,berfikir japp]
9) Ku ada kamu (Adira) - selepas lagu nyanyian Shahir and Stacy berjaya ke final,,sekali lagi lagu ciptaan Edrie Abdul Halim tercalon..bintang AF semuanya..good job abg edrie..thumbs up!
10) Sofea Jane (Black) - sekali lagi lagu nyanyian abg black tercalon..congrats bro..
11) Pelita (A.P.I) - lagu yang mendalam maknanya..to me memang layak ke final..
12) Berlari (Tomok) - Tomok yang semakin hari semakin maju dalam kariernya..[tiba2 teringat lagu sejarah mungkin berulang,,,minat kot dolu2..hee]
13) Extravaganza (Bunkface) - aku suka susunan muzik dalam lagu bunkface ni..syokk woo..semangat nak dengar..best!
14) Selamat Malam (Faizal Tahir) - sekali lagi FT tercalon..go FT go!!
wow!!! semua lagu yang bakal berentap di AJL sangat2 BEST!! yang paling aku suka bila lagu DRAMA KING nyanyian MUH and BLACK dapat masuk final..best gile dowh lagu nie..hehehe (,")..



tapi hanya 4 orang saja female singer yang berjaya ke final.. sangat berbeza dengan zaman AJL dolu2 kan?? kan?? yela..kalau dulu kebanyakan penyanyi yang p final ni pompuan..ade datuk ct, misha omar, liza hanim..zaman dah berubah kan..apa2 pun congratulation aku ucapkan pada sape2 yang berjaya tu.. (",)

p/s : teringat masa AJL dolu2..ada orang kata seorang penyanyi top ni terlupa lirik tapi dia dapat Juara taw..hee~